Assalamualaikum
Hari ini aku nak berkongsi dengan anda semua mengenai Filem Berani
Punya Budak. Sebelum itu, kita layan dulu Trailer Filem Berani Punya Budak
Filem arahan Afdlin Shauki ini bergenerekan Aksi Komedi. Filem ini
sesuai untuk ditonton oleh semua golongan..
Afdlin Shauki
![]() |
| Riezman Khuzaimi |
Filem terbitan Vision Work (M) SDN BHD ini juga menampilkan
beberapa barisan pelakon yang terkenal seperti Awie, Johan Raja Lawak, Adlin
Aman Ramli, Nabil, Riezman Khuzaimi dan ramai lagi. Sebelum saya mengulas lebih
lanjut mengenai filem ini, jom kita lihat Sinopsis cerita ini
Sinopsis Filem Berani Punya Budak
Shuhami Abdullah/Tong (Afdlin Shauki) baru
sahaja tiba di lapangan terbang, namun dia telah ditangkap oleh pihak Interpol
& disoal siasat kerana disyaki terlibat dengan kegiatan gangster Thailand.
Di sini, Shuhaimi berceritakan mengenai kehidupan abang iparnya. Pairot,
kembali semula menjalani kehidupan normal selepas keluar daripada penjara dan
dia menguruskan restoran bersama iparnya, Tong. Kemudian, satu hari Pairot
mendapat satu panggilan untuk melaksanakan tugas terakhir, iaitu mencuri data
peribadi pelanggan daripada sebuah syarikat kad kredit.
![]() |
| Johan Raja Lawak |
![]() |
| Awie |
Pairot telah dipaksa untuk melakukan kerja
tersebut setelah pemanggil menculik Tong dan mengugut untuk membunuh dia
sekiranya kerja itu tidak dapat diselesaikan. Pairot terpaksa melakukan kerja
itu dan berjaya melepaskan Tong. Namun, perkara tersebut menjadi kucar kacir
apabila Pairot telah dikenalpasti sebagai penjenayah & diburu oleh pihak
polis serta Metropolitan Mafia.
| Adlin Aman Ramli |
![]() |
| Nabil |
Mereka berdua berjaya melepaskan diri dan
bercadang untuk menjumpai timbalan presiden syarikat kad kredit untuk
memaklumkan bahawa Pairot tidak bertindak atas kehendak sendiri. Walau
bagaimanapun, semakin lama mereka semakin terperangkap dengan situasi ini, dan
ia melibatkan konspirasi yang telah dirancang lebih awal. Adakah mereka berjaya
menyelesaikan masalah tersebut?
Review Filem Berani Punya Budak
Filem arahan Afdlin Shauki ini sememangnya memberikan satu nafas baru dalam filem yang berada di malaysia kerana dia menggunakan teknik Dubbing semula, aku pun tak sure betul ke apa yang aku cakap. Tapi yang penting Afdlin merecordkan semula suara watak lain dengan menggunakan suaranya. Hampir 90% watak yang berada didalam Filem Berani Punya Budak ini menggunakan suara Afdlin sendiri. Itu merupakan satu tarikan yang sangat menarik untuk Filem ini.
Filem Berani Punya Budak ini juga penuh dengan aksi-aksi pertarungan yang sangat-sangat mengkagumkan, kerana mereka mengunakan stuntman terlatih yang berasal dari Thailand. Mereka juga membuat pengambaran di Thailand lebih kurang 30 Hari dan di Malaysia 10 Hari. Untuk makluman anda semua, Filem ini sebenarnya telah menjalankan pengambaran sejak 3 tahun yang lalu untuk babak di Thailand dan babak di Malaysia memulakan pengambaran pada tahun lalu.
Filem ini sebenarnya telah dijual ke pasaran antarabangsa dalam Versi Thailand dengan tajuk The Brave. Namun genre bagi Filem tersebut bukanlah Komedi sebaliknya aksi. Bagi versi Bahasa Melayu, Filem Berani Punya Budak telah diolah kembali oleh Afdlin Shauki menjadi cerita yang bergenre Komedi.
Jika anda melihat kepada Poster Filem Berani Punya Budak, mesti anda perasan bahawa Poster tersebut mempunyai persamaan dengan game GTA yang digilai ramai. Afdlin menyatakan bahawa beliau merupakan seorang kaki Game dan sengaja meletakkan Poster tersebut sedemikian rupa untuk memberi kelainan. Selain itu juga Afdlin mengharap bahawa Para penonton akan tertarik dengan Poster tersebut dan seterusnya membuatkan penonton ingin melihat filem tersebut.
Keseluruhan Filem ini sangat menghiburkan dan memang filem Malaysia yang wajib dilihat oleh semua rakyat Malaysia. Ingat Sokonglah Filem tempatan. Tontonlah di Panggung wayang berhampiran anda pada 26hb April ini. Jangan beli yang cetak rompak. memang tak rugi tengok cerita ini. Rating keseluruhan cerita ini 8/10
Sekian






















